Monday 13 February 2012

Linda Onn buka kedai URUT

13 Februari 2012
Pengacara dan penyampai radio Suria Fm ,Linda Onn kini menerokai bidang niaga yang baru iaitu  kedai urut. Setelah berjaya mengendalikan beberapa cawangan kedai makanan,Linda Onn  membuka kedai yang dinamakan MY KAKI JAMU SHOP yang dibuka tiga bulan lalu di Pasar Raya Besar Giant,Batu 9, Cheras.

Kata Linda Onn, bisnes tersebut menjadi pilihannya kerana memandangkan mengurut adalah salah satu aktivi kegemarannya.

Banyak khidmat lain yang di tawarkan. Antaranya ialah mandi rempah, mandi susu, sauna, pakej rawatan selepas bersalin dan sebagainya.


Aliff Aziz memilih Anne Ngasri

14 Februari 2012




Macam-macam jer Aliff Aziz ni kan.
Tup-tup tengah kecoh gaduh besar dengan Zarina Anjoulie, sempat lagi di hangatkan bersama Anne Ngasri.
Zarina mendakwa Aliff Aziz telah menipunya.Selain itu, entri yang lain juga mengugut akan menyebarkan video yang mempemerkan kelakuan Aliff Aziz yang mabuk.

Aliff Aziz tidak dapat memberikan komen sehubung untuk menjaga banyak hati terutama pihak Sony Music Sdn Bhd.

Manakala mengenai Anne Ngasri, Aliff mengakui kini dia rapat dengan janda anak dua itu.Anne adalah teman rapatnya dan akui selalu berhubung serta keluar menghabiskan masa bersama.


Anak Whitney Houston Di Tahan Wad

14 Februari 2012




Apa kes Anak Whitney Di Tahan di wad??
Di Los Angeles, Polis masih lagi menyiasa punca sebenar kematian Diva Whitney Housten, makanakala anak perempuan penyanyi popular yang di fahamkan hasil daripada bekas suaminya, Bobby Brown Houston telah di hantar ke hospital Cedar-Sinai pada jam 10.30 pagi Ahad lalu atas tujuan perubatan. Puncya nya adalah kerana Kristina yang baru berusia 18 tahun mengalami masalah tertekan.

Sehubungan itu, pegawai polis dari Beverly Hills, Kapten John Kades, menerangkan ujian toksikologi ke atas penyanyi mungkin mengambil sedikit masa lagi.
Namun, bedah siasat sudah pun dimulai semalam dan pihak polis telah mengesahkan bahawa mayat Whitney dijumpai dalam tab mandi di bilik Hotel Beverly Hilton.
Walau bagaimanapun, polis enggan menyatakan sama ada penyanyi ini mati lemas ataupun sebaliknya.

Sebelum ditemui mati, Whitney difahamkan telah menghadiri satu sesi latihan untuk parti pra-anugerah Grammy.
Whitney yang dikenali sebagai Ratu Pop era 1980an dengan album sulung yang popular di seluruh dunia, pernah dilaporkan bertarung hidup atas masalah peribadi berkaitan dengan alkohol, pil dan kokain.

Ketika ini, sebuah kuil kecil telah dibina di luar hotel mayat Whitney dijumpai dengan berlambakan bunga, lilin dan nota penghargaan dari peminat buat pemergian pelantun lagu Greatest Love of All.
Sementara itu, bekas suami Whitney, Bobby Brown, dilaporkan telah membuat persembahan di Mississippi selepas Whitney mati.
Sebaik saja dia mendapat tahu berita kematian itu, Bobby secara ikhlas telah memberitahu penonton yang hadir menyaksikan persembahannya bahawa dia terlalu ingin mengatakan bahawa dia sangat mencintai Whitney.




P/S: Ye ker BOBBY masih cintakan WHITNEY????